Jika anda ingin berjaya dalam pemasaran viral forum, ada beberapa perkara yang anda harus ambil perhatian.

Lakukan kajian anda sebelum menyertai mana-mana forum.

1. Sertai forum-forum yang pasaran utama sesuatu promosi produk. Contohnya, seseorang yang terlibat dengan produk berkaitan dengan kesihatan, banyak forum yang berkaitan boleh disertai.

2. Pilih forum yang terkenal. Tidak ada gunanya membuang masa dan tenaga menyertai forum yang hanya mempunyai beberapa orang ahli. Page ranking dan bilangan ahli yang aktif adalah dua perkara yang mesti ada di sesebuah forum yang ingin disertai.

3. Pilih forum yang membenarkan anda menggunakan tag signature. Oleh itu, anda perlu baca terlebih dahulu peraturan-peraturan forum yang ingin disertai. Jika anda terus menyertainya tanpa membuat semakan terlebih dahulu, dibimbangi anda hanya akan membuang masa sahaja jika forum tersebut tidak menggunakan tag signature.

Setelah anda memilih dan menyertai sesebuah forum, ambil langkah-langkah berikut:

1. Pastikan tag signature anda ringkas dan selalulah melakukan update. Sebaiknya anda hanya memasukkan satu link sahaja, iaitu link ke laman web utama anda.

2. Jangan sesekali membuat posting yang hanya mengandungi iklan atau promosi. Ini merupakan satu peraturan umum mana-mana forum dan jika ianya dilakukan juga boleh mengakibatkan ianya didelete oleh moderator forum atau lebih teruk lagi, anda akan diban dari forum.

3. Jadikan diri anda ahli forum yang aktif. Luangkan masa sekurang-kurangnya sejam sehari untuk membuat posting yang berguna dan untuk berkenalan dengan ahli-ahli yang lain. Luangkan masa untuk menonjolkan diri anda dengan mengetengahkan pengetahuan dan pengalaman anda dalam sesuatu topik yang diperbincangkan.

Apabila seseorang IM itu menjadi ahli yang aktif, mereka akan berpeluang untuk membina kredibiliti dan mendapat reputasi yang baik di forum yang disertainya. Ini bermakna, dia juga akan mempunyai peluang untuk membuat jualan dengan lebih cepat dan berkesan.

0 comments: