Internet memang merupakan satu perkara yang menakjubkan. Boleh dikatakan, semua perkara yang diketahui oleh bangsa manusia boleh didapati di Internet. Malangnya, semua perkara yang melibatkan maklumat palsu dan tidak tepat atau perkara-perkara yang negatif, juga boleh didapati di Internet.
Ia merupakan satu perkara yang baik dan berguna untuk membaca artikel demi artikel di sesebuah laman web. Tetapi lama-kelamaan, pasti akan lahir di minda anda beberapa soalan yang anda mahu cari jawapannya di Internet. Tahukah anda, anda boleh bertanya dan mendapatkan jawapannya di Internet, bahkan anda tidak perlu membayar satu sen pun. Bagaimanakah caranya? Mudah sahaja, sertai forum pemasaran Internet.
Jika anda tidak biasa dengan forum, ia merupakan satu laman web, atau satu bahagian dari sesebuah laman web di mana para ahli laman web itu boleh membuat posting, berkongsi maklumat dan berbincang tentang apa sahaja yang menarik minat mereka. Forum-forum ini adalah laman web yang terbuka yang mana semua ahli boleh membacanya. Forum-forum ini biasanya dikategorikan berdasarkan topik.
Dalam setiap satu kategori yang luas itu, seseorang ahli boleh membuka satu topik baru. Seseorang ahli itu membuka 'thread' dengan membuat satu kenyataan, biasanya dengan mengajukan sesuatu soalan. Ahli yang lain akan membuat posting memberi respon kepada soalan tersebut. Ahli yang lain pula akan memberi respon kepada respon yang sebelumnya dan begitulah seterusnya hingga ke beberapa laman (pages).
Anda boleh memperolehi maklumat yang berguna melalui cara ini. Anda juga boleh mendapat respon yang mengarut dan tidak relevan yang diberikan oleh ahli-ahli forum yang 'gila-gila'. Bagaimanapun, kebanyakan forum mempunyai moderator dan moderator inilah yang akan menjaga keamanan dan keharmonian forum. Ada yang menganggap bahawa mereka ini adalah 'polis' forum.
Forum pemasaran Internet ialah sesebuah forum yang dikhususkan untuk pemasaran produk dan servis di Internet. Forum-forum seperti ini membolehkan anda berhubung secara terus dengan IM-IM yang lain dan mereka yang bakal menjadi IM, mendapatkan jawapan bagi soalan-soalan dan kemusykilan anda. Di situ juga anda berpeluang untuk memasarkan produk-produk dan servis anda.
Antara faedah lain yang boleh diperolehi melalui forum online ialah, forum-forum ini dikunjungi oleh ahli yang tetap. Ini bermakna, dari masa ke semasa, hubungan di kalangan ahli akan bertambah erat apabila mereka mengenali di antara satu sama lain dan rasa berkomuniti akan bertambah. Ini boleh menjadi satu sumber sokongan moral yang berharga bagi seseorang yang ingin menjadi atau memiliki perniagaan Internetnya sendiri. Sebagai seorang IM, peluang untuk anda merasa terasing tetap ada walaupun kerja-kerja anda melibatkan komunikasi dengan orang ramai. Maka jika itu berlaku, forum-forum inilah akan menjadi tempat anda bertemu rakan-rakan yang seperjuangan dengan anda.
Ada soalan tentang perniagaan Internet? Baru bermula dan masih banyak yang ingin dipelajari? Mungkin anda mempunyai pengalaman luas dalam bidang perniagaan Internet dan ingin berkongsi? Sertailah forum perniagaan Internet. Anda akan rasa selesa berhubungan dengan mereka yang sehaluan dengan anda di sana.

0 comments: