Pemasaran melalui forum merupakan satu cara terbaik untuk mempromosikan produk anda secara percuma. Tetapi terdapat beberapa helah untuk melakukannya tanpa diban dari sesebuah forum yang disertai. Jangan sesekali anda melakukan promosi secara terbuka, jika tidak anda berkemungkinan besar akan diban terus dari forum.
Perkara pertama yang perlu anda lakukan setelah disahkan menjadi ahli sesebuah forum itu ialah mencipta profail yang menarik. Sertakan gambar anda atau gambar yang berkaitan dengan niche anda. Jika anda berada dalam niche memelihara kucing, sebagai contoh, maka anda boleh meletakkan gambar kucing sebagai avatar anda, lebih baik lagi kalau kucing itu milik anda. Jika anda di dalam niche golf, letakkan gambar pemain golf yang terkenal sebagai niche anda, contohnya gambar Tiger Woods.
Kemudian, mulakan misi anda dengan mencari persoalan atau permasalahan yang ditanya oleh ahli-ahli forum yang lain, berikan jawapan atau respon yang berguna kepada mereka. Jangan sentuh produk anda buat masa ini. Sebagai ahli kepada sebuah forum, anda perlulah membuat jasa sebanyak mungkin dengan memberikan maklumat berguna, tip-tip yang membantu menyelesaikan masalah ahli-ahli yang lain dan sebagainya. Ini salah satu cabang membina kredibiliti dan reputasi anda di forum tersebut.
Tujuan utama anda melakukan semua ini ialah untuk menonjolkan diri anda sebagai seorang yang mahir dalam niche yang disertai itu. Dengan membantu ahli-ahli yang lain, memberikan mereka jawapan atau respon yang berguna dan bermaklumat, anda akan dilihat sebagai seorang yang boleh dijadikan tempat rujukan dalam niche anda tersebut. Setelah ahli-ahli forum mula menyedari sumbangan anda, mereka akan mula membaca dan meneliti posting anda, perkataan demi perkataan!
Semak peraturan forum terlebih dahulu untuk memastikan penggunaan link di bahagian signature adalah dibenarkan. Jika dibenarkan, maka anda boleh memasukkan link ke laman web anda. Anda harus pertimbangkan untuk memasukkan link ke squeeze page anda supaya mudah untuk anda membina list emel di kemudian hari.
Jangan lakukan sesuatu yang mendesak orang melihat signature anda - contohnya dengan memberitahu mereka, "Untuk maklumat lanjut, klik di link signature saya,". Apa yang patut anda lakukan hanyalah teruskan berposting seperti biasa, bantu mereka yang memerlukan dengan memberikan mereka maklumat yang mereka perlukan.
Setelah anda berjaya membina reputasi yang baik, maka orang ramai akan mula mengunjungi anda dengan kehendak mereka sendiri. Pastikan nama yang anda gunakan di forum disertakan sekali dalam setiap projek yang anda promosikan. Ini untuk memudahkan orang ramai mencari produk anda melalui enjin carian seperti Google.
Dengan memiliki reputasi yang positif juga akan memungkinkan anda untuk JV dengan pemilik forum. Anda boleh menawarkan JV biasa atau meminta pemilik forum menjadi affiliate anda. Anda boleh menawarkan kepada mereka 'special deal', nilai komisyen yang lebih tinggi berbanding dengan affiliate biasa ataupun menawarkan diskaun yang hanya dikhususkan untuk mereka sahaja.
Hormati batas-batas berforum. Jangan sesekali menghantar PM (Private Messsage) kepada ahli-ahli yang lain dan meminta mereka mengunjungi laman web anda kecuali jika anda dan mereka sudah mempunyai hubungan yang istimewa (sebagai affiliate dan sebagainya). Waktu yang paling sesuai untuk anda menyebut tentang produk dan laman web anda ialah ketika seseorang itu meminta pendapat atau cadangan tentang sesuatu produk yang berkaitan dengan bisnes anda.
Contoh, jika ada ahli yang bertanya, "Ada tak ebook tentang penjagaan kucing?". Anda boleh memberi respon seperti ini, "Sebenarnya saya ada menulis sebuah ebook tentang penjagaan kucing lengkap dengan tips untuk kesihatan dan pemakanan yang sesuai untuk kucing. Kalau berminat, sila rujuk link di signature di bawah". Secara tidak langsung anda telah pun berjaya menarik trafik ke laman web anda.